Monday, November 23, 2009

Selamat Menyambut Aidiladha Dan Awal Muharam

AKRAM SMECorp Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Aidiladha dan Awal Muharam

Sunday, November 22, 2009

Tuesday, November 17, 2009

Hukum Memberi Salam

Hukum memberi salam adalah sunat muakkad bagi perseorangan dan sunat kifayah bagi perkumpulan sedangkan menjawab salam pula adalah wajib bagi perseorangan dan fardhu kifayah bagi perkumpulan.

Hikmah memberi salam :
- mendapat keredhaan Allah
- mendapat doa dari para malaikat
- akan mendukacitakan iblis
- dapat membersihkan diri dari sifat-sifat mazmumah (keji)
- dapat mengukuhkan persaudaraan Islam

Dulu kita bangga memberi salam kepada saudara Islam tapi kini kita lebih selesa dengan hanya menyebut "Hai". Kononnya lebih mudah dan ringkas. Maklumlah dalam dunia yang serba pantas ini segalanya perlu cepat. Kalau menyebut "Assalamualaikum", belum habis menyebut salam, orang tersebut sudah tiada di depan mata. Itulah antara alasan yang sering digunakan
apabila ditanya kenapa dan mengapa mereka lebih suka mengucapkan "hai" daripada "Assalamualaikum". Tapi sebenarnya ia menunjukkan betapa rapuhnya ukhuwwah Islamiah kita hari ini.

Siapa yang lebih berhak memberi salam?
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki,
orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan
orang yang sedikit hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai.
Dalam hadith yang lain Rasulullah s.a.w bersabda:
Orang yang kecil (muda) hendaklah memberi salam kepada orang besar (tua),
orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk,
orang yang sedikit hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai dan
orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.
Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan supaya
mereka yang berjalan kaki tidak terasa rendah diri.


Bila tak patut beri salam?
Dilarang memberi salam kepada orang yang sedang mengajar dalam majlis ilmu, orang yang sedang membaca al-quran kerana dibimbangi terganggu apa yang sedang dibaca atau diperkatakan (hilang idea). Dilarang memberi salam kepada orang yang sedang makan kerana takut tercekik. Juga dilarang memberi salam kepada orang yang sedang berjudi.

Senyum....



Ia percuma tapi amat berharga,
Ia menjadikan penerimanya kaya,
Tanpa menjadikan pemberinya miskin,
Ringkasnya seperti kilat,
Tapi berlegar diingatan sepanjang masa,
Tidak ada sesiapa yang terlalu kaya,
Hingga tak memerlukannya,
Dan tidak ada sesiapa yang terlalu miskin,
Hingga tidak mampu memperolehinya,
Ia menjalinkan sebuah ikatan bahagia,
Kebaikan dalam pelajaran,
Dan kemesraan dalam persahabatan,
Memberi kekuatan dalam ukhuwah,
Juga memberi kekuatan kepada yang keletihan,
Memulihkan semangat kepada yang kecewa,
Mengembirakan yang kesedihan,
Ubat yang mujarab kepada kerusingan,
Ia tidak boleh dibeli atau dipinta,
Tak dipinjam atau dicuri,
Ia berharga hanya bila diberi sebagai hadiah,
Dan tidak ada sesuatu yang amat lebih merugikan,
Bagi seseorang yang tidak lagi memilikinya,
Untuk diberikan kepada orang lain,
kerana senyum itu satu sedekah..

Aktiviti AKRAM SME Corp Malaysia

Di antara aktiviti-aktiviti AKRAM SME Corp Malaysia yang telah dilaksanakan ialah.
i. Program Suai kenal untuk pegawai dan kakitangan SME Corp Malaysia yang pertama. Program tersebut telah dijalankan pada .


Ahli-Ahli AKRAM



Ahli-ahli AKRAM SMECorp Malaysia

AKRAM SMECORP

Latar Belakangg

AKRAM SMECorp Malaysia telah ditubuhkan pada .Kami mampunyai 16 orang ahli yang terdiri daripada semua gred jawatan yang ada di SME Corp Malaysia.

visi & Misi




Hari penganugerahan sijil akram